
|
D'Owner! Assalamualaikum. Welcome to my awesome space. Fatin Najiihah. 20's . Accounting student. N.S - J.B. Credits!
| Dugaan ![]()
Dugaan apa yang aku terima ini?
Adakah ini dugaan untuk belajar dari kesilapan dulu
atau dugaan untuk mengenal hati budi masing2
atau dugaan untuk menentukan layakkah kita untuk terima anugerah itu
Ya, semua itu harusku tempuh seorang diri
untuk menentukan masa depan
Cemburu melihat orang lain bahagia tanpa sebarang masalah
Tapi orang yang tiada masalah itu adalah orang yang rugi
kerana dia tak tahu apa erti susah
dia tak rasa nikmat apabila Allah memberi rezeki
Jadi, tabahlah wahai hati
pahit akan jadi manis juga
bila lama-lama kita rasa pahit
kita dah lali bila ia berulang untuk kali kedua
Kuatlah emosi
Kuatlah fizikal
Kuatlah mental
Kuatlah diri
Cemburu itu mesti
Dengki itu jangan
Bila pekung orang kita buka
dalam diam pekung kita terbuka sedikit demi sedikit
Berwaspadalah
Agar tidak ada yang menyesal kelak
Selamat berjuang.
|